CARA POTONG KUKU

Monday, December 21, 2009


KUKU

ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia

HUKUM MEMOTONG KUKU

Memotong kuku adalah SUNAT bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Ia juga adalah SUNNAH nabi Muhammad

CARA MEMOTONG KUKU
1. lihat gambar
2. Menggunakan alat pemotong.
3. Membasuh tangan setelah memotong kuku
4. Sunat menanam kuku yang telah dipotong.

KEBAIKAN MEMOTONG KUKU

1. menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.
2. jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

HARI MEMOTONG KUKU

AHAD : Mewarisi kemiskinan.
ISNIN : Dikurniakan kesihatan
SELASA : Diberikan penyakit
RABU : Penyakit was-was.
KHAMIS : Sembuh dari penyakit gila.
JUMAAT : Keluar dosa-dosanya dan dimasukkan rahmat daripada Allah.
SABTU : diberikan penyakit

BAHAYA KUKU PANJANG.

1. Orang Islam tidak sesuai berkuku panjang, dikhuatiri tidak sah apabila bersuci.
2. Berkuku panjang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bodoh.
3. Anak-anak sukar dididik dan mempunyai masalah pembelajaran.
4. Bukan budaya orang melayu yang beragama Islam.
5. Mendatangkan dosa dan penyakit kerana najis yang melekat pada kuku.
6. Boleh mendatangkan penyakit kerana kuku mempunyai kuman yang tidak boleh dibasuh dengan sabun kecuali dipotong.
7. Jangan menggigit kuku yang panjang kerana ia boleh mendapat penyakit KUSTA.

CARA BAIKI DIRI

Wednesday, December 16, 2009

1. Hendaklah benar-benar merasai diri itu adalah hamba Allah SWT. Rasa hamba itu mestilah tidak lekang dari jiwa sehingga dengan itu dapat pula merasai bahawa Allah SWT itu Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mendengar, Maha Melihat dan memiliki segaia sifat-sifat kesempurnaan. Segala rasa-rasa itu hendaklah sampai ke tahap merasai takut hendak berbuat maksiat dan mungkar. Umpamanya seseorang itu merasai Allah SWT Maha mengetahui lubuk hatinya. Ertinya dia akan sedar bahawa bukan sahaja perkara lahiriah, malah bisikan atau lintasan hatinyapun Allah SWT mengetahui. Orang seumpama ini bukan sahaja gerak geri lahirnya dikawal dari dosa malah lintasan hatinya pun diawasi agar tidak terdorong kepada perkara jahat.


2. Rasa kehambaan yang mendalam, yang dijiwai dan dihayati itu sangat penting

yang sekaligus akan menjiwai pula rasa keTuhanan yang tinggi, ini akan menjadikan seseorang itu bersih dari dosa terutamanya dosa batin atau penyakit-penyakit hati yang berupa mazmumah. Mazmumah itu ibarat racun yang sangat merosakkan. Mazmumah itulah yang paling utama membawa

berbagai angkara, kerosakan, krisis, peperangan, penindasan di dalam kehidupan manusia. Sifat-sifat mazmumah ini tidak akan hilang atau padam atau terbakar musnah kecuali seseorang itu memiliki rasa kehambaan yang mendalam dan menjiwai rasa keTuhanan. Ini adalah agenda utama dan penting bagi seluruh umat Islam; Aspek inilah yang sangat terabai dan dipinggirkan oleh umat Islam. Natijahnya umat Islam sentiasa dalam kemurkaan Allah SWT.

Yakni bukan sahaja jauh dari bantuan dan pertolongan Allah SWT malah sebaliknya kemurkaan Allah SWT yang ditimpakan kepada umat Islam. Bukan sahaja tidak memperolehi kejayaan dan kemenangan, sebaliknya kehinaan di mana saja dan berpanjangan silih berganti.


3. Perbaiki sembahyang dan sempurnakan lahir dan batin. Sembahyang itu sendiri

mestilah berperanan. Memanglah menunaikan sembahyang itu adalah wajib. Narnun ianya mestilah berkesan dan berperanan bagi seorang hamba itu benar-benar menghadap Allah SWT dengan sepenuh hati. Tempat di mana seorang hamba itu benar-benar meletakkan dirinya sebagai sehina-hina makhuk. Menghina diri di hadapan Allah SWT yang Maha Agung. Penuh dengan rasa malu, menyerah dan mengharap sehingga dengan itu terbakar segala mazmumah.



Kalau seseorang itu di saat di mana dia benar-benar sepenuhnya menghadapkan hatinya kepada Allah SWT, pun lalai dan leka tidak dapat merasai kehambaan dan membakar mazmumah maka di Juar sembahyang lebih sukar lagi.Maka di luar sembahyang dalam mengendalikan urusan kehidupan sudah tentulah penuh didorong oleh nafsu rakus dan jahat.Sembahyang yang sempurna lahir batin itu ialah

yang dapat memahami dan menghayati setiap lafaz atau bacaan. Yang dengan itu apa yang difahami dari sembahyang itu dapat membina dan membentuk peribadi yang benar-benar mulia. Kedudukan mereka dekat dengan Allah SWT, dan layak mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT.


Di dalam sembahyang, mereka sangat membesar dan mengagungkan Allah SWT. Di luar

sernbahyang juga tidak lekang dari membesarkan Allah SWT, dengan hidup bersyariat, menjauhi mungkar dan maksiat, akhlak dan disiplinnya tinggi dan luhur. Allah SWT menaungi mereka. Dan semua orang merasa puas dan seronok, selamat dan sejahtera bernaung di bawah mereka. Orang yang memimpin umat kerana mereka adil kepada diri mereka sendiri iaitu berjaya mengembalikan

rohnya kenal dan takut kepada Allah SWT, mengembalikan dirinya mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.


Keadilan mereka itu pula akan melimpah dan merata kepada umat yang lain. Mereka inilah yang dikatakan orang soleh, orang Ashabul Yamin (golongan kanan), Al Muflihun (yang mendapat kemenangan). Mereka yang dimaksudkan oleh Allah SWT dengan firmanNya yang

bermaksud,"Sesungguhnya bumi ini diwariskan kepada hamba-hambaNya yang soleh"

’ Siapakah orang soleh itu? Salah satu cirinya ialah dalam firman Allah bermaksud "Beruntunglah (menanglah/berjayalah) orang mukmin, iaitu mereka yang di dalam sembahyangnya khusyuk."

(Al Mukminun: 1-2)


Mereka.jugalah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW’ dalam" sabdanya bermaksud: "Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan enyempurnakan hubungannya dengan manusia.’ Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya.". (Riwayat Al Hakim)


Bagi umat lslam yang ditimpa musibah silih berganti dan berpanjangan tiada pilihan lain

untuk mengatasinya kecuali kembali menhambakan harapan hepada Allah SWT.

Caranya pula ialah memperbaiki diri dalam hubungan dengan Allah SWT.,Sungguh-

sungguh bertaubat dan membersihkan dosa, kemungkaran, maksiat serta lebih-lebih lagi

dosa batin iaitu mazmumah Selagi Allah SWT tidak sudi memandang kita lebih-lebih lagi

berada dalam kemurkaan Allah SWT, biar berbuih mutut meminta melalui doa, atau hitam dahi kerana sujud sembahyang hajat, Allah SWT tidak akan tunaikan permintaan itu.

DOA AKHIR & AWAL TAHUN



Panduan Kita Bersama.....


Bacalah doa ini agar terampun dosa kita pada tahun ini.
Pada waktu Asar iaitu selesai solat, baca Doa Akhir Tahun sebanyak 3 x
Pada Maghrib iaitu selesai solat, bacalah Doa Awal Tahun sebanyak 3 x juga

TAHUN BARU HIJRAH 1431 H

Sunday, December 13, 2009

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala apa jua larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 1431 Hijrah. Tetapi persoalannya sekarang adakah kita sama seperti tahun yang sebelumnya? Atau apakah kita sudah berazam untuk membuat perubahan? Kerana apa yang penting ialah pengajaran dan iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu dihayati dan dijadikan iktibar dan amalan dalam hidup kita sebagai umat Islam dan dengan cara demikian sahajalah kita menjadi umat contoh, mulia dan maju dalam semua aspek kehidupan.

Cuba kita renung peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersama para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawarah yang telah membuka lembaran sejarah yang paling agung, bukan sahaja dalam perkembangan agama Islam tetapi juga pada tamadun manusia keseluruhannya. Kerana dengan adanya hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka terbentuklah negara Islam pertama di Madinah yang melahirkan satu umat yang bersatu padu, bersaudara, dihormati dan menjadi contoh bahkan dapat melahirkan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyatnya secara adil dan saksama. Sementara dari segi muamalat (jualbeli) pula,� amalan riba, penipuan dan kezaliman telah diharamkan. Tetapi segala kegiatan ekonomi yang halal dan bertepatan dengan ajaran Islam dalam perdagangan dan penternakan pula adalah digalakkan.

Peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah banyak memberikan pengajaran yang amat berharga dan ianya adalah warisan yang tidak ternilai harganya untuk umat Islam dalam usaha melahirkan 'Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur' iaitu negara aman makmur dan mendapat keampunan serta pertolongan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Antara pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa tersebut ialah kesabaran dan ketekunan hati mempertahankan cita-cita. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menunjukkan contoh bagaimana seharusnya kaum Muslimin mempertahankan cita-cita dan menegakkan dakwah Islamiah. Walaupun mengalami kesulitan tetapi tetap mempertahankan keyakinan, akidah dan pendirian.

Ulama telah membahagikan hijrah kepada tiga bahagian :

Pertama : Hijrah Al-Hammah iaitu hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersama para sahabat dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawarah. Hijrah ini hanya berlaku sekali sahaja di dalam Islam, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Ibni Abbas Radiallahuanhuma katanya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah tetapi yang masih berterusan ialah jihad dan niat". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Kedua : Hijrah Ad-Da'imah iaitu berpindah dari negara yang mengancam akidah seseorang Islam ke negara lain demi untuk menyelamatkan akidah dan keimanan serta mempertahankan agama. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nisaa' ayat 97-100 tafsirnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kafir musyrik, mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata : Apakah yang telah kamu lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab : Kami dahulu ialah orang-orang yang tertindas dibumi. Malaikat bertanya lagi : Tidakkah bumi Allah itu luas yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam. Dan neraka jahanam itu ialah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah lagi uzur dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang tidak berdaya upaya mencari helah untuk melepaskan diri dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan untuk berhijrah. Maka mereka yang demikian sifatnya mudah-mudahan Allah memaafkan mereka dan ingatlah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah untuk membela dan menegakkan Islam nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur. Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian ia mati dalam perjalanan hijrahnya, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

Dari tafsiran ayat tersebut menunjukkan bahawa setiap Muslim hendaklah mempunyai persediaan dari berbagai aspek seperti aspek keimanan, daya tahan dan daya juang untuk mempertahankan akidah dan agama mereka. Walaupun terpaksa berhijrah buat sementara sebagai langkah untuk mencari kekuatan dan kemantapan untuk meneruskan jihad. Islam tidak merelakan umatnya berpeluk tubuh dan berserah kepada keadaan semata-mata tetapi memerintahkan umatnya berusaha dan berikhtiar.

Perlu juga diingat, hijrah itu bukanlah bertujuan untuk melarikan diri, bukan pula perpindahan semata-mata dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi berhijrah dan menjauhkan diri dari tempat yang penuh dengan kemusyrikan menuju ke tempat yang akan memancarkan cahaya kebenaran.

Manakala hijrah yang ketiga pula ialah hijrah Al-Qulub Wadhamahir iaitu hijrah hati, keimanan dan keyakinan dengan cara meningkatkan iltizam kepada Islam. Berusaha mensucikan hati, menambah keimanan, mendalami kefahaman mengenai Islam, yang dengan demikian, peningkatan ke arah keimanan, berilmu dan beramal akan terus berkembang. Inilah kemajuan yang sebenar iaitu hijrah menukar keadaan ke arah yang lebih baik dan lebih dekat kepada Allah dan merubah keadaan agar lebih beriman, berilmu dan berakhlak dengan ajaran Islam. Hijrah seperti inilah yang utama dan wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang mukallaf. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al A'laa ayat 14-15 tafsirnya :

"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan, berusaha membersihkan diri dengan taat dan amal soleh. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhan-Nya serta mengerjakan sembahyang".

Oleh yang demikian, bersempena kedatangan Tahun Baru Hijrah ini marilah kita sama-sama muhasabah diri, bertaubat nasuha dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dari segala dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. Sebagai tanda kesyukuran dengan ketibaan tahun baru hijrah 1431 ini, marilah kita hadir ke masjid-masjid, dan surau-surau di negara ini pada petang hari Khamis malam Jumaat 17 Disember 2009 bagi sama-sama Membaca Doa Akhir Tahun 1430 Hijrah dan Membaca Doa Awal Tahun 1431 Hijrah dengan harapan mudah-mudahan kita dapat melakukan hijrah dengan lebih baik lagi daripada tahun yang sudah dan mudah-mudahan kita semua akan dapat bekerjasama untuk membangun bangsa, agama dan negara dengan petunjuk dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Taubah ayat 20 tafsirnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya".

BACALAH SEBAGAI PANDUAN

 
 
 

PENGUNJUNG BLOG

JOM UNDI (",)